Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sut] | کوسوت

Definisi : 1. bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn rambut, benang, dll), tidak kemas atau bersikat rapi (bkn rambut seseorang): rambutnya ~ kerana ditiup angin yg kencang; 2. ki tidak teratur atau tenteram (keadaan, fikiran, dll) kacau, rumit: kedudukan perkara itu terlalu ~ dan tidak mudah diselesaikan; fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah; ~-kasau = ~-masai = ~-murut = ~-musut sangat kusut; ~ diselesaikan, keruh diperjernih prb per­sengketaan hendaklah diselesaikan (didamai­kan); ~ di hujung lari (bawa) ke pangkal prb apabila perundingan menemui jalan buntu haruslah segera balik ke punca (ke asal) masalah; ~ hujung dgn pangkal kerana salah memulai prb tidak sempurna peker­jaan yg dibuat kerana salah memulakannya; tidak ada ~ yg tak selesai prb tidak ada pertikaian yg tidak dapat diselesaikan; berkusut-kusut tidak berhias diri (kusut rambutnya dll); mengusut menjadi kusut; mengusutkan 1. menjadikan kusut (benang dll); 2. ki merumitkan atau mengacaukan (sesuatu keadaan, fikiran seseorang, dll), merusuhkan (hati): perkara-perkara yg ~ keadaan politik negeri itu; ia hendak melupakan segala kejadian yg ~ fikirannya itu; kekusutan perihal (keadaan) kusut, kerumitan (perkara), kekalutan, kekacauan (fikiran dll): ukuran dan sukatan piawai dapat mengelakkan berlakunya ~ dlm urusan jual beli; kpd Allah diserahkan segala-segala rasa kecewa dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sut] | کوسوت

Definisi : Mn; mengusut menyiasat dgn teliti; ®usut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.sut] | کوسوت

Definisi : 1 bersimpul-simpul hingga susah hendak dicerai-ceraikan (bkn benang dll); tidak kemas atau tidak bersikat (bkn rambut dll): Rambutnya ~ tidak bersikat. 2 ki tidak tenteram; kacau; rumit (bkn fikiran, keadaan dll): Fikirannya kian ~ memikirkan berbagai-bagai masalah. mengusutkan 1 menjadikan kusut (bkn benang dll). 2 ki mengacau fikiran dll; merumitkan: Apa yg ~ fikiranmu? Ceritakanlah kpdku. kekusutan keadaan kusut; kekacauan (fikiran); kerumitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kusut (adjektif)
1. Bersinonim dengan bersimpul-simpul: berkusau, bercampur baur, bercampur aduk, bercelaru, kacau-bilau, kusut-masai, berserabut, berkecamuk, semak, sarut, serebeh, serbah-serbih, serbang, serembah-serembih, selebek,
Berantonim dengan kemas

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kacau, kalut, huru-hara, kacau-bilau, haru-biru, gawat, rumit,
Berantonim dengan tenteram

Kata Terbitan : mengusutkan, kekusutan,

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kusut di hujung dengan pangkal,
     kerana salah memulai.

Bermaksud :

Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Benang kusut jangan disentak, Carikan cepat mana hujungnya; Abang mengikut sebarang pintak, Asalkan dapat hidup bersama.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau kusut tidak bersikal,, Mana kan buluh menjadi sirih; Kalau kusut tidak selesai, Manakan keruh menjadi jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana benang takkan kusut, Bila dibiarkan berjela-jela; Bagaimana orang tak merungut, Bila dituakan awak mencela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana tali tidakkan kusut Dipegang saja tidak dapat; Bagaimana janji akan kuikut, Abang sudah berubah niat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baju Pak Tua kusut lengan, Ageh bersiar keduanya; Bertemu jalan dengan tunangan, Gelak melengah keduanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau hendak menyirat jala, Benang kusut cepat dilepas; Kalau hendak berbuat pahala, Pantang ribut niat pun ikhlas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas