Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) berasa senang dan lega; b) sabar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,


Pantun

PantunSumberTema
Apabila ikan sudah dipukat, Dibawa pulang dibuat lauk; Apabila iman sudah melekat, Dada lapang sifat pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah orang berhelat, Apa yang kurang harus dicari; Bukan mudah memegang adat, Dada lapang bertulus hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Elok sungguh memasang lampu, Supaya gelap menjadi terang; Elok sungguh abang menunggu, Hatiku sedap dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila lancang singgah di teluk, Sesudah timpas pasang pun datang; Apabila abang sudah menjenguk, Rinduku lepas dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas