Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudahlah letih menjual padi, Jangan pula dikata-kata; Sudahlah sedih ditinggal pergi, Jangan pula hamba dinista. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila anggota berasa letih, Usah dipaksa bekerja berat; Bila harta sudah berlebih, Usahlah bangga lupa akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kaki tidakkan letih, Kerana berjalan tiada hentinya; Bagaimana kami tidakkan sedih, Pesan dikirim tiada beritanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang berpuasa tentulah letih, Menahan lapar sehari suntuk; Orang berkuasa tentu berlebih, Makannya besar rezeki menompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari orang berkayuh, Rasanya letih sampan tergalang; Hamba ke mari abang menjauh, Rasanya pedih bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |