Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
letih (adjektif)
Bersinonim dengan penat, lesu, jerih, lelah, litak, mengah, rimpuh;,
Kata Terbitan : meletihkan, keletihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudahlah letih menjual padi, Jangan pula dikata-kata; Sudahlah sedih ditinggal pergi, Jangan pula hamba dinista.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila anggota berasa letih, Usah dipaksa bekerja berat; Bila harta sudah berlebih, Usahlah bangga lupa akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana kaki tidakkan letih, Kerana berjalan tiada hentinya; Bagaimana kami tidakkan sedih, Pesan dikirim tiada beritanya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang berpuasa tentulah letih, Menahan lapar sehari suntuk; Orang berkuasa tentu berlebih, Makannya besar rezeki menompok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengah hari orang berkayuh, Rasanya letih sampan tergalang; Hamba ke mari abang menjauh, Rasanya pedih bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas