Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lim] | ماليم

Definisi : 1 orang yg alim ttg agama Islam; ulama. 2 penunjuk jalan; pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malim (kata nama)
1. Bersinonim dengan guru agama: ustaz, ustazah, tok guru, kiai, pengajar, pendidik, pembimbing,
Berantonim dengan murid

2. Bersinonim dengan jurumudi: nakhoda, juragan, malim angin, malim kapal, kapten,
Berantonim dengan anak kapal.


Puisi
 

Batu Malim dua kerusi,
     Boleh kita berlayar kapal;
Kalau beli kain dua helai seragi,
     Boleh kita bertukar pakai.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sama turun dengan malim.

Bermaksud :

Perempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Pintulah malim dua kelasi, Bolehlah tidak belayarlah kapal; Belilah kain dua seragi, Bolehlah tidak bertukarlah pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu Malim dua kerusi, Boleh kita berlayar kapal; Kalau beli kain dua helai seragi, Boleh kita bertukar pakai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayuhai yudin papan yudin, Rapat papan Seri Jawa; Cik Malim terapat dinding, Terapat badan serta nyawa.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas