Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.kam] | مانيکم

Definisi : 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani; ~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; me-ngembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memi­kirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
manikam
Rujuk :permata

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Sudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas