Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Air paya rasanya masam, Walaupun masam dapat diminum; Hatiku luka menahan dendam, Dendam berani berbalas belum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah masam si buah duku, Masak belum sudah dipetik; Alangkah geram rasa hatiku, Hendak mencium hidung pesek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah derut rasanya masam, Untuk dibuat sambal belacan; Hati hanyut siang dan malam, Ingatkan adik lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain datang lain buahnya, Buah masam disambal orang; Lain orang lain lidahnya, Lidah tajam dibedal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |