Apa dijeruk belimbin, asam belimbin, Kurang masin garam, tambahkan garam; Apa dijenguk dindin, di luar dindin, Kalau sudi ke dalam, masuk ke dalam. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sejak selasar menjadi bilik, Bujang tak dapat masuk ke dalam; Sejak kudengar nyanyian adik, Terngiang-ngiang siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Putik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Taji ayam besi bertuah, Bawa masuk ke tengah gelanggang; Hati di dalam bagaikan pecah, Dinda merajuk ke negeri orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |