[masy.ghul] | مشغول
Definisi : Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; memasyghulkan 1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu; kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyem-bunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[masy.ghul] | مشغول
Definisi : (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu: Baginda terlalu ~ kerana negerinya dlm keadaan huru-hara. memasyghulkan menyebabkan (menimbulkan) rasa masyghul. kemasyghulan perasaan masyghul; kesedihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)