Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ji] | مڠجي

Definisi : menghina, memandang rendah (pd): Islam sangat ~ sifat dusta; membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji prb mementingkan diri sendiri semata-mata dan tidak menghiraukan orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ji] | مڠجي

Definisi : menganggap atau memandang keji; menghina; mencela; mencaci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Pantun

PantunSumberTema
Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau selalu pergi ke ladang, Tentulah banyak mendapat padi; Kalau selalu mengeji orang, Tentulah banyak umat membenci.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ayam denak terbang tinggi, Pial besar suaranya lantang; Dalam kemak orang mengeji, Bawa bersabar supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas