Laut bukan sebarang laut, Laut tenang senang memukat; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut orang pantang disumbat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut dalam ombak menggunung; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut tajam muak sekampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut lebar dilanda ombak; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut besar kepala bengkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut bukan sebarang laut, Laut luas tak nampak tepi; Mulut bukan sebarang mulut, Mulut pedas membawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Saya tak harap padi pulut, Padi pulut banyak antahnya; Saya tak harap janji mulut, Janji mulut banyak susahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik-baik berjaja pulut, Jangan menjual pulut berantah; Baik-baik menjaga mulut, Jangan berbual mulut memfitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Manis sungguh tebu seberang, Dari pucuk sampai ke umbi; Manis sungguh mulut orang, Manis mulut sampai ke hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayur jangan dibiarkan lisut, Sayur lisut hilang perisanya; Syukur jangan sekadar di mulut, Syukur di mulut hilang pahalanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |