Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mulut (kata nama)
1. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan liang, rongga, muncung, muara, kuala, pintu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan percakapan.


Puisi
 

Cincin ada di jari manis,
     Cincin di jari si anak raja;
Dengar ke mulut sangatlah manis,
     Nak hidup bersama nak mati berdua.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Mulut tabuh dapat disumbat,
     mulut orang bagaimana menyumbatnya.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)

274

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau sudah dimabuk pinang, Daripada ke mulut biar ke hati; Kalau sudah masuk gelanggang, Daripada surut biarlah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Manis sungguh tebu seberang, Dari pucuk sampai ke umbi; Manis sungguh mulut orang, Manis mulut sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selasih digoncang ribut, Sebutir nasi jatuh ke ruang; Mulut naga lagi direbut, Inikan pula kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tepung pulut dibuat kanji, Dibawa orang ke Seri Menanti; Manis mulut tunang berjanji, Kenapa sekarang tinggal pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cempaka dipukul ribut, Dibawa orang ke tanah seberang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Waktu senja tanak pulut, Untuk bekal turun ke padang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas