Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ram] | مورم

Definisi : 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia; bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang; memuramkan menjadikan muram, menye­babkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu; kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isteri-nya yg masih cuba menyembunyikan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ram] | مورم

Definisi : 1 tidak berapa terang (bkn cahaya); kelam; suram: Cuaca ~ saja hari ini dan matahari pun tidak kelihatan. 2 tidak berseri (bkn air muka); masam: Mukanya ~ saja selepas kena marah. 3 tidak bahagia; menderita; sengsara: Hidupnya menjadi ~ semenjak kematian suaminya. bermuram, = ~ durja bermasam muka; bersedih. memuramkan menjadikan muram; memudarkan; mengelamkan. kemuraman keadaan muram; kesuraman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muram (adjektif)
1. Bersinonim dengan malap: suram, buram, guram, kelam, kucam, kusam, pudar, mendung, redup, kabut, kabur, kalis,
Berantonim dengan cerah

2. Dalam konteks muka
bersinonim dengan suram, pucat, layu, udam,
Berantonim dengan berseri

3. Bersinonim dengan duka: dukacita, sedih, pilu, hiba, sayu, rawan, gundah, suram, susah hati, murung, sebab, sebak, sugul, terharu, masyghul, takzim, walang,
Berantonim dengan gembira

Kata Terbitan : kemuraman,

Puisi
 

Sambil lompat berlari-lari,
     Lompat mari ke dalam kolam;
Tuan cabut cincin di jari,
     Tidakkah turun di hati muram.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana kedukacitaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Air pasang berdolak-dalik, Anak kepiting berpecah belah; Burung terbang terlupa balik, Nanti muram orang mengubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas