Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. cergas, segar, sihat: badannya ~; 2. enak rasanya, sedap: air limau ~ rasanya; lagu yg ~ didengar; udara yg ~; menyamankan menjadikan nyaman (enak, segar), mengenakkan, menyegarkan: udara di sini ~ badan; kenyamanan perihal (keadaan dsb) nyaman, kesegaran, kesedapan: kesejukan pagi bertukar terik, ~ senja diganti seram; udara senja di Pekan Tualang memberikan ~ dan kedamaian spt udara menjelang subuh di KL; penyaman sesuatu yg menyamankan (me­nyegarkan); ~ udara alat yg mengawal kelembapan dan suhu di dlm sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dsb utk menghasilkan udara yg kering, sejuk dan nyaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nyaman (adjektif)
Bersinonim dengan segar, sihat, afiat, selesa, bersih, suci, murni, tulen, ceria, naim, cedas;,
Kata Terbitan : menyamankan, kenyamanan,

Puisi
 

Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Nyaman sungguh orang menumbuk, Dapat padi muka berminyak; Badan berpeluh tulang pun remuk, Dapat laki berselera badak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kenanga kesturi harum nyaman, Selasih berbunga di ujung padang; Bunga berseri layu di halaman, Putih mata tuan memandang.Pantun Melayu SarawakKasih
Pergi bersiar di Padang Kota, Udaranya nyaman di malam hari; Lembaran bersua di ruangan mata, Alamat takzim salam diberi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Baju putih panjang sulaman, Untuk dipakai berjalan lalu; Adik kasih abang tak nyaman, Badan celaka membuat malu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Andainya kuda memakan nasi, Tentulah makan dengan tuanya; Andai mudanya tekun mengaji, Tentulah nyaman di hari tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Makan durian Ulu Kemaman, Bunga kerindu sangkut di dahan; Makan tak sedap tidur tak nyaman, Hatiku rindu manakan tahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas