Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Beri makan itik, Itik kedek-kedek; Pintar lagi cerdik, Paras rupa cantik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Pucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |