Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasak (kata nama)
Bersinonim dengan baji, sendal, tanggel, ganjal, sumbat, pantek;,
Kata Terbitan : memasak,

Puisi
 

Dari Pasak ke Pulau Pinang,
     Singgah sekejap di Teluk Lipat;
Jika teragak hendak meminang,
     Usah diharap hendak dapat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Patah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan agalah pasak bumi, Galah datang dari Semarang; Bukan salah dari kami, Salah tuan selalu temberang.Pantun Melayu SarawakKasih
Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat pasak; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat berpijak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas