| Hari cerah mencari manggis, Hari buruk bawa berundur; Laki pemarah bini pembengis, Berhenti beramuk ketika tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila menengok pending, Jangan cepat dijamah; Apabila duduk berunding, Jauhkan sifat pemarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Buruk parang dimakan karat, Sekali asah tidakkan tajam; Buruk orang melupakan adat, Hati pemarah bertindak kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bagaimana kucing tidak meragai, Kera melapah babi menyerang; Bagaimana kencing tidak terburai, Mentua pemarah bini pemberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |