Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baik hati; jujur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Baju putih seluar putih,
     Dipakai orang sembahyang Jumaat;
Duduk letih berdiri letih,
     Hati bimbang lemah semangat.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Tak kuning oleh kunyit,
     tak putih oleh kapur.

Bermaksud :

Tak mudah dihasut atau dipuji; keras hati. (Bandingkan dengan: Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung putih hinggap di batu, Burung merpati selindung awan; Adik putih masuk beradu, Di dalam hati sangat rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas