Ketuk gendang tiup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata burung punai, Ara masak ditunggu helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pukul gendang meniup serunai, Raja berarak dari seberang; Putih mata si burung punai, Kayu ara dah tunggu helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tebas rumput rata-rata, Serindit turun bersarang di lembah; Lepas tangan putih mata, Seribu tahun tidak berubah. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Bancuh kopi untuk saudara, Tebas rumput rata-rata; Bertanggungjawab kepada Negara, Lepas tangan putih mata. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Kenanga kesturi harum nyaman, Selasih berbunga di ujung padang; Bunga berseri layu di halaman, Putih mata tuan memandang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ikan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ayam putih manuk siapa, Gadis Melaka atas bumbungan; Tubuhlah putih anak siapa; Manislah mata si peruntungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Burung putih terbang malam, Hinggap balai raja; Kain putih atas tilam, Buat pengesat air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |