Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (orang dll), terletak ber­­baring atau bertiduran (pokok dll), tum­­bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter­lentang di atas lantai; membawa (mem­beri) ~ menjatuhkan (meng­gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng­hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (bkn orang); tumbang (bkn pokok): Beliau terpijak kulit pisang lalu ~ di tanah. ~-rempah jatuh terguling-guling. merebahkan 1 membuat supaya rebah; menjatuhkan; menumbangkan: ~ tiang rumah. 2 membaringkan: Ia ~ dirinya di pangking. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebah (kata kerja)
Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Padi rebah,
     paksa tekukurlah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa berusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

PantunSumberTema
Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rebah tiang robohlah rumah, Manakan dapat dihuni lagi; Sudah bertunang barulah singgah, Manakan dapat kami berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bagaimana rebah tidak ditakuk, Batang keladi tidak berdaun; Bagaimana hamba tidak merajuk, Datang sehari pergi setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang nangka putik sejari, Rebah ke tanah lapuk terbuang: Abang menyangka adik sendiri. Rupanya sudah duduk bertunang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nangka putik berhulu. Rebah ke tanah diinjak hadak: Abang menyangka adik menunggu. Rupanya sudah beranak pinak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau ada batang nan rebah, Batang tumbuh dihujung tanjung; Kalau yang datang kami sembah, Kalau tak datang kami junjung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukannya batang tak mahu rebah, Di baliknya ada semut api; Bukannya abang tak mahu berubah, Adik yang suka bermain api.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas