Rebah pancang hanyut perahu, Dibawa arus ke tengah laut; Entah sayang entahkan rindu, Badanku kurus fikiran kalut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah tiang robohlah rumah, Manakan dapat dihuni lagi; Sudah bertunang barulah singgah, Manakan dapat kami berjanji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bagaimana rebah tidak ditakuk, Batang keladi tidak berdaun; Bagaimana hamba tidak merajuk, Datang sehari pergi setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang nangka putik sejari, Rebah ke tanah lapuk terbuang: Abang menyangka adik sendiri. Rupanya sudah duduk bertunang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nangka putik berhulu. Rebah ke tanah diinjak hadak: Abang menyangka adik menunggu. Rupanya sudah beranak pinak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ada batang nan rebah, Batang tumbuh dihujung tanjung; Kalau yang datang kami sembah, Kalau tak datang kami junjung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukannya batang tak mahu rebah, Di baliknya ada semut api; Bukannya abang tak mahu berubah, Adik yang suka bermain api. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |