[rén.cong] | رينچوڠ
Definisi : (réncong) sj badik (Acheh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rén.cong] | رينچوڠ
Definisi : (réncong) rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat; merencong 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahan-dahan yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas; kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah yg menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yg dicarinya disimpan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[rén.cong] | رينچوڠ
Definisi : /réncong/ serong hujungnya (potongannya atau keratannya): Pepat di luar, ~ di dalam. merencong berbentuk rencong; meruncing. merencongkan memotong (membuat) supaya rencong: Dia ~ kayu itu supaya mudah dipacakkan. kerencongan keadaan rencong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[rén.cong] | رينچوڠ
Definisi : /réncong/, = ~ Aceh sj badik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)