Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.sau] | ريساو

Definisi : jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat; merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, ber­keliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu; perisau orang risau, orang jahat (buruk pe­rangai atau kelakuannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan me-reka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pem­ba­ngunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau; merisaukan 1. mengacau (keamanan, ke­tenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll); kerisauan perihal risau, kekacauan, ke­ru­suhan (hati), kecemasan, kegelisahan: per­kara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita; perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.sau] | ريساو

Definisi : , = ~ hati (berasa) susah hati kerana sesuatu hal yg mengganggu fikiran dll; gelisah; runsing: Orang Inggeris sangatlah ~ kerana perang saudara di negeri Perak itu mengganggu perniagaan mereka. merisaukan 1 menimbulkan rasa risau; menyusahkan hati; menggelisahkan: Kematian bapanya secara mengejut itu ~nya. 2 berasa risau akan (ttg) sesuatu: Apakah yg dirisaukan? risauan sesuatu yg merisaukan atau yg dirisaukan. kerisauan keadaan atau perasaan risau; kegelisahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risau (adjektif)
Bersinonim dengan bimbang, runsing, khuatir, gelisah, resah, cemas, cuak, rimas, saru, susah hati, gelabah, rusuh hati, pusang hati, bingung, buncah, kacau;,
Kata Terbitan : merisaukan, kerisauan,

Puisi
 

Pucuk belinjau si daun seranti,
     Sayang kembang pasang pagi;
Hati risau tidak terperi,
     Kekasih tidak mengenang budi.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau dapat membumbung tinggi; Risauku bukan sebarang risau, Risau mengingat kekasih pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau putih berparuh panjang; Risauku bukan sebarang risau, Risau kekasih direbut orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kumbang tidakkan risau, Bunga di tanjung mati semua; Bagaimana bujang tidak merantau, Dara di kampung berlaki tua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisau belati baru diasah, Untuk senjata menembuk dinding; Risau hati malu bertambah, Menengok janda duduk bersanding.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Limau kesturi dibuat sambal, Lemak manis dengan perisanya; Risau hatiku hendak ditinggal, Hendak menangis malu rasanyaKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pulau Rupat teluk berliku, Orang menjala di air dangkal; Risau umat menengok penghulu, Orang nikah dia yang gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
1234

Kembali ke atas