Bangau bukan sebarang bangau, Bangau dapat membumbung tinggi; Risauku bukan sebarang risau, Risau mengingat kekasih pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau tekun mencari ikan; Risauku bukan sebarang risau, Risau bertahun menanti pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangau bukan sebarang bangau, Bangau putih berparuh panjang; Risauku bukan sebarang risau, Risau kekasih direbut orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kumbang tidakkan risau, Bunga di tanjung mati semua; Bagaimana bujang tidak merantau, Dara di kampung berlaki tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hari gelap hati pun risau, Duduk diam masuk kelambu; Laki berkurap bini berpanau, Siang malam duduk bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak berkuah kuini pandak, Banyaklah udang berhati risau; Sejak orang tua berbini budak, Banyaklah bujang pergi merantau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pisau belati baru diasah, Untuk senjata menembuk dinding; Risau hati malu bertambah, Menengok janda duduk bersanding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Limau kesturi dibuat sambal, Lemak manis dengan perisanya; Risau hatiku hendak ditinggal, Hendak menangis malu rasanya | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Rupat teluk berliku, Orang menjala di air dangkal; Risau umat menengok penghulu, Orang nikah dia yang gatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |