Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barang­kali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kelihatannya; tampaknya: Bagaimana ~ perempuan itu? 2 pd zahirnya; nampaknya: ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu. 3 sebenarnya; sebetulnya: Kusangka dia ada di rumah, ~ dia sudah keluar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Putih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sudah pepat rupanya sumbu, Belum juga mau menyala; Sudah penat hamba bercumbu, Belum juga adik percaya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau begitu rupanya padi, Namun mengindang layu-layu; Kalau begitu rusuhnya hati, Mahu menumpang biduk lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang berburu, Rupanya rusa tak dapat juga; Saban malam abang menunggu, Rupanya adinda tak ingat juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
12345

Kembali ke atas