| Rakyat tempatan sedia berkhidmat, Dekat jauh segera datang; Chan menyelia operasi penyelamat, Di hutan tebal gunung jurang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Lipatlah kain lipat baju, Lipatlah surat di dalam puan; Sedia air menjadibatu, Baru kulupa kepadamu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buluh diukir orang Penan, Bawa dijual pekan Marudi; Emak di rumah sedia makanan, Bapa kenyang di kedai judi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Encik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |