Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau bergalah di semak-semak, Kalau memnjat dicari dahan, Kalau berlunjur ditarik lutut; Kalau bersalah disemak-semak, Kalau tersesat dicari jalan, Kalau terlanjur berbalik surut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Besar kayu kerana uratnya, Urat menjalar ke semak-semak; Besar Melayu kerana adatnya, Adat bersandar kepada yang hak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tumbuh betung di tepi semak, Di tepi semak banyak onaknya; Sungguh untung berbini banyak, Bini banyak banyak bengaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang semak tumbuh di hulu, Di hulu tegak penggalah; Sedang tidak bersabarlah dulu, Tunggukan saja gerak Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Saya malas jalan ke tanjung, Semak sangat bertabur pulut; Saya malas makan kalung, Semak sangat rasanya mulut.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau tidak takutkan semak, Burung bersarang di dalam padi; Kalau tidak takutkan emak, Kita bersama bertandan pagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1234

Kembali ke atas