Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
padan (adjektif)
1. Bersinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar, kena, tanjak, ngam, laik, labut, pantas, surup, yogia, klop, ukur,

2. Bersinonim dengan muat: sesuai, cocok, kena, ngam,

Kata Terbitan : sepadan, berpadanan, memadankan, padanan, pemadanan,

Peribahasa

Sebagai asam dengan garam.

Bermaksud :

Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Yakin menekat kainnya cantik, Sudah sepadan untuk selendang; Makin kulihat semakin asyik, Matilah badan mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belum diukur sudah dipakai, Manakan bisa baju sepadan; Belum ditegur sudah merawai, Manakan hamba mahu berkawan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa gunanya bertih direndang, Bila tidak dapat dimakan; Apa gunanya berkasih sayang, Bila tegak tiada sepadan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas