| Rumah besar di Ulu Langat, Tempat duduk anak Cik Mamat; Kalau betul lemah semangat, Tak boleh bercampur keli bersengat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Cik Mat anak Palembang, Buat ladang tanam padi; Kalau dah tahu rimau garang, Baik duduk tempat yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Yanglah duduk biarkan duduk, Supaya cepat ke tempat tidur; Orang tua bongkok biarlah bongkok, Supaya ingat ke pintu kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau menangguk-nangguk udang, Tangguk dibuat rapat-rapat; Kalau duduk di tempat orang, Duduklah dengan duduk bersifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau geluk bersukat-sukat, Kalau sukat berbatas-batas; Kalau duduk bertempat-tempat, Kalau cakap berbatas-batas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jongok Batu bertanah merah, Kayu keduduk bercabang dua; Jongok Batu tempat bertuah, Tumpang duduk sehari dua. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Saya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |