Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nat] | تنت

Definisi : 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nat] | تنت

Definisi : 1 letih atau penat sekali; letih lesu: Nafasnya pendek-pendek kerana ~ bekerja. 2 sangat kuat (ttg sakit dsb); teruk: Dia terpaksa pulang ke kampungnya kerana orang tuanya sedang sakit ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenat (adjektif)
1. Bersinonim dengan letih lesu: penat lelah, jerih,
Berantonim dengan segar

2. Bersinonim dengan teruk: berat, parah, serius, genting, kritikal, melarat, akut, keras, kuat,
Berantonim dengan ringan

Kata Terbitan : ketenatan,


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Waktu menteri berdagang lauk, Pembesar duduk membawa surat; Sayulah hati memandang datuk, Di luar teruk di rumah tenat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas