Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ dapur = batu ~ batu dll yg diletakkan sbg tempat memasak (dapur, keran): dapur minyak sudah meng­gantikan ~ dan kayu api; ~ kera (pelanduk) sarang sj serangga (kiak-kiak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tungku (kata nama)
Bersinonim dengan dapur, keran, anglo, kompor, tempat memasak, ketuhar, perapian, penyalai, pemanas, penunu.,

Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Api tungku nyalanya besar, Bila bertanak masaklah bekal; Hati rindu bawa bersabar, Bila tidak rosaklah akal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila meniup api di tungku, lngat-ingat terpercik kening; Apabila hidup hati berbulu, Niat jahat hati pun runsing.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Masak nasi dua kali mentah, Dua kali alih tungku; Dapat batu intan bertatah, Batu delima terbuang lalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas