Ulam bukan sebarang ulam, Ulam seronok berkuah sayur; Diam bukan sebarang diam, Diam merajuk dibawa tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam pucuk mentimun talang; Demam bukan sebarang demam, Demam dirasuk rayuan abang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam dibawa anak penggalas; Demam bukan sebarang demam, Demam cinta tidak berbalas. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam raja sangat perisa; Demam bukan sebarang demam, Demam kerana ingat adinda. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulamnya pucuk pohon sempaya; Demam bukan sebarang demam, Demam dimabuk rayuan adinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |