Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Tua bukan sebarang tua, Tua umur badanlah bongkok; Tuah bukan sebarang tuah, Tuah bersyukur imannya elok.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ada kain dilipat-lipat, Anak sulung sambut beradat; Panjang umur si tua keparat, Tidak terkena hukuman sebat.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah kundur busuk semua, Kerana diusik oleh belalang; Habislah umur dimabuk cinta, Kerana adik tak mahu datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Raja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Lama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi?Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
1234

Kembali ke atas