Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPohon pinang jambatan mandi, Kain ini kain kubeli; Kasih kupinang mengikat janji, Main ini main mencuri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.
Kurik Kundi Merah SagaKalau benar tuan nak mandi, Kain jangan kasi nila; Kalau benar tuan nak jadi, Permainan jangan kasih dimula.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain sutera, Kalau mandi tolong sidaikan; Rahsia ini kita berdua, Orang lain dibilang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaKain ini kain pelikat, Jikalau mandi dicuci jangan; Main ini main sarikat, Jikalau mati kesal jangan.

Kurik Kundi Merah SagaPilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai.
Kurik Kundi Merah SagaKain cukin basahan mandi, Jemur mari di hujung galah; Ditamatkan pantun kebajikan budi, Memohon ampun barang yang salah.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Melayu mandi betangar, Betangar mari kain kesumba; Hutan kayu dapat digegar, Ikan di sungai mati dituba.
12

Kembali ke atas