Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.
Kurik Kundi Merah SagaKain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?

Kembali ke atas