Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll), berlian yg kurang baik asahannya; ~ air beras intan yg putih; ~ mentah batu intan yg belum dicanai; 2. ki orang yg dicintai, buah hati, kekasih, kesayangan: amboi, gunung payung, ~ gemala, urat rambut batu kepala emak; ~ payung ki buah hati, kesayangan; ~ berlian jangan dipijakkan prb untung bahagia jangan dielakkan; ~ itu jika terbenam dlm pelimbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya = jikalau ~ itu biar keluar drpd mulut anjing sekalipun, bernama ~ juga prb perkataan yg baik itu, biarpun keluar drpd mulut orang yg hina, baik juga; dahulu ~, sekarang jadi batu belanda prb perihal orang berbangsa yg sudah tidak berharga lagi; berintan berhias intan: cincin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Institut Tadbiran Awam Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj batu permata yg cantik (utk cincin dll): ~ air beras intan yg putih; ~ mentah intan yg belum digosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intan
1. Rujuk permata

2. Rujuk kasih kekasih


Puisi
 

Jangan dibuka ikat ikan,
     Dayang Intan hendak ke perigi;
Hilang ikut permata intan,
     Intan belum terbit lagi.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan dimakan ikan, Ikan bernama si jarang lidi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dibuka ikat ikan, Dayang Intan hendak ke perigi; Hilang ikut permata intan, Intan belum terbit lagi.
Kurik Kundi Merah SagaChah pukat dilanggar ikan, Ikan ada dalam perigi; Sila minta permata intan, Intan ada sekerat negeri.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Siti Rumilah, Panjang melilit ke tumit kaki; Intan jemara intan terserlah, Intan sebuku jantung hati.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaIntan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaIntan dingin isinya dingin, Dingin tidak berbau lagi; Puan ingin tiada ingin, Ingin tiada baharu lagi.
Kurik Kundi Merah SagaIntan baiduri di dalam puan, Gelang suasa dalam raga; Bila kupandang wajahmu tuan, Bagai terpandang pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan sarung di jari, Bila pakai nampak cahayanya; Sungguh durian buah berduri, Dengan tupai alah deknya.
Kurik Kundi Merah SagaCincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya?
123456789

Kembali ke atas