Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Luruh upih pergam datang;
     suruh putih hitam datang.

Bermaksud :

Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaHitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya.
Kurik Kundi Merah SagaKapal putih di tengah laut, Kapal hitam terlerat laju; Putih kuning mengirai rambut, Hitam manis menjahit baju.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.
Kurik Kundi Merah SagaSungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.
Kurik Kundi Merah SagaHempas-hempas jambat pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaHempas-hempas jambatan pulih, Ikat gagak dimakan api; Hitam lepas putih tak boleh, Buang tangga berhayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaHayun jamban tak pilih, Hayun raga dimakan api; Putih langsat hitam tak boleh, Tulat tangkar berayun kaki.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning pinang kedatun, Bawa mari rotan tawar; Putih kuning menjadi racun, Hitam manis menjadi penawar.
12

Kembali ke atas