Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina ke Tanjung Jati, Singgah petik buah berembang; Dari jauh tiba ke mari, Kerana budi baik orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati. |
Sekalung Budi Seuntai Bahasa | Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina memasang lukah, Mari dipasang di Tanjung Jati; Di dalam hati haram tak gundah, Bagai rambut disimpul mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di kayu jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati. |