| Kurik Kundi Merah Saga | Banyak udang Kuala Palembang, Mari dicedok tudung sebiji; Anak orang jangan dibimbang, Satu kerja haram tak jadi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam dalam celepa, Buka tudung memakan padi; Siang dan malam saya tak lupa, Kasih terkandung dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. |