Kurik Kundi Merah Saga | Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau-hijau air perigi, Kaca remuk di dalam puan; Tuan mengigau saya bermimpi, Mimpi tak salah muka tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi gugur, Bolehlah kita tampi-tampi; Kasih terlupa antara tidur, Dalam tidur kita bermimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil di tepi laut, Tempat memancing ikan tenggiri; Tubuh kecil bagai diraut, Membuat abang tidur bermimpi. |