Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHujan rintik-rintik, Mari berteduh di pokok sena; Jangan dipandang orang yang cantik, Orang yang miskin jangan dihina.
Kurik Kundi Merah SagaAsah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tontong memanah Semarang, Buang satu sembilan puluh; Tuan laksana pokok rausang, Boleh saya menumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih biji dilurut, Pisang embun masak ditutuh; Hilang kasih tempat berpaut, Manalah rimbun tumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke ladang, Ambil saya sebatang buluh; Tuan umpama pohon rendang, Hujan panas tumpang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaLedang-ledang buah keledang, Jatuh sebiji di rumpun buluh; Tuan membarat di pohon rendang, Hujan dan panas tumpang berteduh.

Kembali ke atas