Kurik Kundi Merah Saga | Orang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak hujan hujanlah hari, Biar saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Biar saya mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi. |