Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di mana bintang di mana bulan, Sama sahaja terang keduanya; Di mananya tunang di mana bukan, Sama sahaja lenggang keduanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang. |