Kurik Kundi Merah Saga | Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang terbang layang kaki, Pokok besar berapa tinggi; Jangan abang bersusah hati, Umur panjang berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jikalau ada sumur di ladang, Pelangah baru saya jerangkan; Jikalau ada umur panjang, Belakang baru saya datangkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Amat mengail ikan, Dapat seekor ikan tenggiri; Selamat tinggal saya ucapkan, Panjang umur berjumpa lagi. |