Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak berĀ­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atauĀ­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaKayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu.
Kurik Kundi Merah SagaKalau menebang kayu jati, Papan di Jawa mari dibelah; Bukan boleh sekehendak hati, Semuanya di bawah perintah Allah.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan tebang jati, Biar serpih condong ke paya; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih dari saya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan menebang jati, Biar serpih tumbangnya jangan; Kalau tuan mencari ganti, Biar lebih kurang jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi.
123456789

Kembali ke atas