Kurik Kundi Merah Saga | Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kita memakai kain, Kain dipakai baju kebaya; Apa guna mencari lain, Baik cari kepada saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kita memakai kain, Kain dipakai baju kebaya; Apa guna mencari lain, Baik cari kepada saya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain ini kain Bentan, Kalau dibasuh jangan dibanting; Bukan salah dari jahitan, Salah pula orang menggunting. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |