Puisi
 

Kain buruk kain cukin,
     Taruh di meja lapik gelas;
Sudah berpucuk warkah dikirim,
     Sudah dibaca mengapa tak dibalas?


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga.
Kurik Kundi Merah SagaSayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaPagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata.
Kurik Kundi Merah SagaKain buruk dalam besen, Buat membungkus kulit belulang; Saya buruk lagi miskin, Manalah hendak dipeduli orang.
123

Kembali ke atas