Kurik Kundi Merah Saga | Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain sehari tudung sehari, Mari disangkut atas daun; Kalau tak pandang sehari, Rasa diri bagai setahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain sehari tudung sehari, Mari disangkut atas daun; Kalau tak pandang sehari, Rasa diri bagai setahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga ros dalam pasu, Mari tudung dengan kain; Janji tuan janji palsu, Janji sudah berubah lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata. |