Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil tuanya lidi, Hendak berkayuh pasir seberang; Kecil-kecil pandai berbudi, Hendak sekupang tiada di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai hutan seberang; Kecil-kecil hendak berbini, Apa belanja kulit kerang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil pengayuh lidi, Mari sampai ke hutan seberang; Kecillah kecil hendak berlaki, Apa belanja sekulit kerang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kebun kecil pokok berjenis, Pagar dengan buluh berdaun; Kecil-kecil kayu tempinis, Terasnya tahan berpuluh tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Kecil-kecil ditimang ibu, Sudah besar menimang abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kecil-kecil buah cemponek, Kasi makan anak Cik Batak; Sudah berpesan datuk nenek, Ayam garang kepala botak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal kolek si kapal kecil, Kapal datang dari Siam; Adik kecil abang pun kecil, Kita tunggu tahun depan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. |