Kurik Kundi Merah Saga | Baju Pak Tua kusut lengan, Ageh bersiar keduanya; Bertemu jalan dengan tunangan, Gelak melengah keduanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rosaklah kasut jalan ke pasir, Takutlah kaki terajuk duri; Rambutku kusut tersisir, Bawa mengenang nasib sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berkasut jalan ke pasir, Seorang garib di dalam puan; Rambutnya kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayanglah berkasut jalan ke pasir, Bemban seraut di dalam puan; Rambutlah kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakailah kasut jalan ke pasir, Lokan berisi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam rindu denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pakai kasut turun ke pasir, Datang ke pasir lalu berjalan; Hati kusut tidak terucir, Ucirlah ucir darimu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asuklah kasut jalan ke pasir, Hendak berahi di dalam puan; Rambut kusut tidak tersisir, Dendam berahi denganmu tuan. |